Saturday 5 October 2013

Ikan Selat vs Ikan Belida

       Ramai yang terkeliru di antara ikan selat dan ikan belida.. Mungkin kerana bentuk badannya yang hampir serupa.

Cuba lihat ikan di bawah :



      Inilah yang dinamakan ikan belida. Ikan belida mempunyai badan yang lebih bongkok jika dibandingkan dengan ikan selat. Selain itu, kita juga dapat lihat ada tompok-tompok hitam yang berada di sirip bawah menuju ke ekor ikan ini.

Lilah pula ikan di bawah ini :

     
     Inilah rupa ikan selat. Kepala ikan ini tidaklah sebongkok ikan belida. Ikan ini juga tidak mempunyai tompok-tompok hitam pada sirip bawahnya. Jadi dengan info ini dapatlah kita membezakan antara ikan selat dengan ikan belida.

     Walau bagaimanapun, ikan ini mempunya persamaan iaitu kedua-dua ikan ini mempunyai banyak tulang. Makanan kegemaran ikan ini pula ialah udang hidup..

Ayuh lontarkan joran..!

Jumpa lagi..